774. BBG Al Ilmu – 2
Tanya:
Apakah hadits dan Fadhilat Surah At-Takaatsur berikut shohih ?
Antara fadhilat dan kelebihan surah ini, adalah:
1. Sesiapa yang mengamalkan membaca surah At Takaatsur sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT akan memenuhi hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.
2. Sesiapa yang membaca At Takaatsur 100 kali, selepas solat Isyak hingga dia tertidur, InsyaAllah dia bakal dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.
Ibnu Umar ra. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak mampukah seseorang dari kamu sanggup membaca seribu ayat setiap hari?” Sahabat bertanya kembali: “Siapa yang boleh melakukan itu wahai Rasulullah?” Sabda Nabi SAW: “Tidakkah seseorang diantara kamu boleh membaca ‘Alhaakumuttakatsur’?” (HR. Hakim dan Baihaqi)
3. Surah ini dibaca sebanyak 7 kali ketika hujan turun, Allah akan limpahkan kepada si pembacanya dengan pahala yang amat besar.
Sebagai ubat sakit kepala, bacalah surah ini selepas solat asar (sebelum maghrib). Pada waktu ini perbanyakkanlah membacanya. InsyaAllah segera sembuh.
4. Sesiapa melazimi membacanya, InsyaAllah dijadikan seorang yang kaya.
5. Jika dibaca pada air hujan, kemudian dicampurkan dengan air minuman, InsyaAllah boleh menjadi penawar yang mujarab. Sebaik-baiknya dibacakan sebanyak 100 kali atau lebih.
Jawab:
Ust. M Wasitho, حفظه الله
Hadits tersebut (tentang Keutamaan Surat At-Takatsur) derajatnya DHO‘IF (Lemah). Sehingga dengan demikian hadits ini tidak dapat dijadikan landasan hukum dalam beramal.
والله أعلم بالصواب
Sumber:
HADITS DHO’IF TENTANG KEUTAMAAN MEMBACA SURAT AT-TAKAATSUR
»̶·̵̭̌✽✽·̵̭̌«̶┈»̶·̵̭̌✽✽·̵̭̌«̶┈»̶·̵̭̌✽✽·̵̭̌«̶